Kisah
ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Selangor pada tahun 1973.Ia
nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca
budiman. Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Keliang Kalumpang .Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar
dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah
seorang bomoh di kampung tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh
yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati
setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.Satu hari diwaktu senja
ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita
kisah ini. Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa
yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.Salleh cuba
mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar
bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang tersebut agak
kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba
mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih
besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada
cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri
wajahnya. Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan
berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna
coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti
memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh
terus melarikan diri. Sampai saja dirumah beliau terus menemui
bapanya dan menceritakan kepada bapanya.Bapanya sekadar tersenyum seraya
memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar.
Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk
merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan
mengubati orang tersebut. Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat
duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa
untuk membuktikan pada orang kampung.Pada malam tersebut Salleh berasa
seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana
terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu.
Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak
melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia
cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.
Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat
dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang
diingatinya.Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya,
Sebelum jatuh pengsan. Apabila Salleh membuka matanya didapati
rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia
memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum
dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir.
Dia kembali terlelap. Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh
melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang
ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh
salleh bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut
mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil
mengorak langkah kebilik mandi. Sesampainya di tanah perkuburan
Salleh melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang
didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan
lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.Salleh melihat beberapa orang
dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut. Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,
Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.Jadi sesiapa
yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas
tol : 1-800-88-88-88 Kerepek Ubi Pedas – RM 2.00 sebungkus Kerepek Ubi Masin – RM 2.30 sebungkus Kerepek Ubi – RM 1.50 sebungkus Kerepek Ubi Mentah – RM 0.50 sebungkus Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan