Selasa, 14 Ogos 2012

Seksyen 114 A (andaian fakta dalam penerbitan)

ampunkan kami penunggu gua.... ampunkan kami penunggu gua.....

1. Apakah itu Seksyen 114 A?
Seksyen 114 A, “Andaian Fakta dalam Penerbitan”, merupakan pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 1950. Pindaan tersebut yang diluluskan Dewan Rakyat tanpa didebatkan terlebih dahulu pada 18 April 2012 dan melalui Dewan Negara pada 9 Mei 2012. Pindaan ini telah diwartakan dan mula berkuatkuasa mulai 31 Julai 2012.
Seksyen 114 A, yang boleh diguna pakai dalam kes jenayah dan juga sivil, mengandaikan bahawa pemilik, pengendali, hos, editor, pelanggan sesebuah rangkaian atau laman web, atau pemilik komputer atau peralatan mudah alih dianggap bertanggungjawab menyiarkan atau mengulangsiarkan isi kandungan yang terdapat pada rangkaian, laman web atau peralatan terbabit.
2. Apakah tujuan asal pindaan ini diperkenalkan?
Tujuan asal pindaan ini adalah untuk mengenal pasti individu yang bertanggungjawab ke atas penyiaran dan penyebaran bahan berunsur hasutan di internet.
Bagi pihak berkuasa, proses menjejaki dan mengenal pasti individu yang terlibat dalam penyiaran atau penyebaran bahan berunsur hasutan di internet merupakan sesuatu yang sukar. Individu tersebut dengan mudah mengambil kesempatan menyembunyikan identiti mereka di internet kerana kesukaran pihak berkuasa mengawal internet yang luas dan terbuka. Penyembunyian identiti juga menggalakkan rakyat menyatakan pendapat tanpa rasa takut kepada mana-mana pihak. Selain itu, oleh sebab maklumat mudah berpindah dari satu pihak ke pihak yang lain, pihak berkuasa mengalami kesukaran untuk mengesan individu asal yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat tersebut.
3. Apakah kekurangan yang ada pada Seksyen 114A?
Pindaan ini jelas mengandaikan kesalahan terletak pada individu yang identitinya diguna pakai dalam penyiaran atau penyebaran maklumat berbentuk hasutan tanpa mengambil kira faktor seperti kecurian identiti dan penggodaman komputer. Kesalahan juga terletak pada pihak yang menyediakan ruangan komen pada blog, forum dan pengendali laman web walaupun maklumat tersebut disiarkan oleh pihak lain.
Pelaksanaan pindaan baru ini boleh mengakibatkan pihak yang tidak terlibat menjadi mangsa. Pindaan ini juga bercanggah dengan prinsip asas keadilan yang menyatakan seseorang tidak bersalah selagi kesalahannya tidak dibuktikan.
Selain itu, undang-undang yang diperkenalkan ini tidak akan dapat memerangi jenayah siber dengan berkesan kerana pindaan ini secara tidak langsung melindungi penjenayah siber dengan meletakkan kesalahan ke atas mangsa mereka yang komputer atau akaun Facebook dan Twitternya digodam.
4. Apakah implikasi pindaan ini terhadap individu?
Pelaksanaan Seksyen 114 A mempunyai kesan yang luas terhadap setiap pengguna internet yang meliputi pelbagai platform seperti emel dan media sosial. Pindaan ini awal-awal lagi telah meletakkan kesalahan ke atas individu yang memiliki laman web atau peralatan yang mana kenyataan atau isi kandungan berunsur hasutan tersiar. Di bawah Seksyen 114 A, individu atau organisasi yang mengendali, menyelia atau menyediakan ruang untuk forum, blog atau perkhidmatan pengehosan web adalah bertanggungjawab terhadap segala kandungan yang terdapat dalam perkhidmatan terbabit. Mereka juga bertanggungjawab terhadap kandungan yang diterbitkan oleh pihak lain yang menyamar menggunakan identiti mereka di internet. Hasilnya, Seksyen ini mengancam kebebasan bersuara di internet, serta mengancam prinsip asas keadilan, demokrasi dan hak asasi manusia.
5. Apakah implikasi pindaan ini terhadap ekonomi negara?
Pada tahun 2010, sektor internet menyumbang 4.1% (30 billion) kepada KDNK Malaysia – angka yang lebih tinggi daripada kebanyakan negara maju yang mana sektor internetnya menyumbang kira-kira 3.4% KDNK mereka[1]. Ekonomi berasaskan internet di negara ini bercambah dengan pesat hasil daripada kebebasan berinternet yang dinikmati para pengguna perkhidmatan tersebut. Kejayaan perniagaan-perniagaan internet juga berkait rapat dengan kebolehan pengguna-pengguna internet mencipta, mencari serta berkongsi maklumat.
Populariti rangkaian laman sosial juga mendorong perniagaan-perniagaan untuk membangunkan strategi pemasaran yang berinovatif serta mampu menjana kemajuan ekonomi. Facebook dan Twitter juga membantu perniagaan mempromosikan produk mereka. Selain itu peniaga juga dapat meningkatkan mutu produk hasil daripada maklum balas pembeli melalui laman sosial tersebut. Oleh itu, kemajuan ekonomi berasaskan internet bergangtung kepada inisiatif yang mampu menggalakkan penggunaan internet dan bukannya langkah yang membantutkan.
Seksyen 114 A menghalang penggunaan dan penghasilan maklumat di internet. Oleh sebab pindaan tersebut meletakkan beban membuktikan kesalahan di bahu pemilik sesebuah laman web atau peralatan, penghasilan dan perkongsian maklumat di internet akan terbantut akibat ketakutan dan risiko didakwa. Hasilnya, pindaan yang baru ini akan menjejaskan perniagaan-perniagaan kecil mahupun besar yang bergantung pada penglibatan pengguna-pengguna internet.
6. Mengapa kebebasan bersuara di internet perlu dipertahankan?
Perkongsian maklumat yang bebas dan terbuka merupakan asas bagi sebuah sistem demokrasi yang kukuh. Hal ini memastikan rakyat sentiasa dibekalkan dengan maklumat yang tepat supaya mereka dapat memainkan peranan yang aktif dalam proses demokrasi di negara ini. Internet yang mampu mempercepatkan proses penyampaian maklumat berkemampuan untuk melancarkan proses demokrasi. Justeru, rakyat perlu menggunakan hak bersuara mereka tidak kira dalam apa jua bentuk termasuk di internet. Suara rakyat perlu didengar. Oleh itu, jika Seksyen 114 A yang baru ini dilaksanakan, prinsip demokrasi serta kebebasan bersuara rakyat akan terjejas teruk.
7. Pihak mana yang menentang Seksyen 114A?
Pada 31 Mei 2012, Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) melancarkan satu e-petisyen untuk mendapatkan sokongan kepada kempen untuk menghentikan pindaan ini daripada diwartakan. Dalam masa sebulan, lebih daripada 3300 individu menandatangani petisyen tersebut untuk menyatakan tentangan mereka terhadap pindaan tersebut. Dalam kalangan mereka yang berbuat demikian termasuklah Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, pengarah filem terkenal Pete Teo, penulis and personaliti radio Patrick Teoh, aktivis sosial Marina Mahathir dan Dr. Irene Fernandez, dan ahli akademik ternama seperti Dr. Azmi Sharom dan Dr. Mustafa K. Anuar.
Selain itu, ahli-ahli parlimen dari Barisan Nasional turut menyatakan ketidaksenangan mereka dengan pindaan tersebut. Khairy Jamaluddin menyifatkan bahawa beban membuktikan kesalahan perlu sentiasa terletak pada pihak pendakwa[2]. Datuk Saifuddin Abdullah pula berpendapat bahawa pindaan tersebut perlu ditarik semula[3].
Pada 28 Jun 2012, Pakatan Rakyat mengeluarkan kenyataan untuk menyarankan pihak kerajaan menarik semula Seksyen 114A tersebut. Kenyataan terbabit ditandatangani oleh Ahli Parlimen Subang R Sivarasa, Ahli Parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan, dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad[4].

[1] Joseph Chin, “McKinsey, Google: Internet contributed RM30 bn of Malaysia’s GDP in 2010”, The Edge Malaysia, 01 February 2012, online at: http://www.theedgemalaysia.com/index.php?option=com_content&task=view&id=200283&Itemid=88
[2] Leven Woon, “Youth chief wants Evidence Act changes revoked”, Malaysiakini, 16 June 2012, online at: http://www.malaysiakini.com/news/201025
3 “Saifuddin: Move should be revoked”, The Malay Mail, 4 July 2012, print.
4 Teoh El Sen, “Pakatan seeks to halt new Evidence Act”, Free Malaysia Today, 28 June 2012, online at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/06/28/pakatan-seeks-to-halt-new-evidence-act/

:- dipetik dari http://stop114a.wordpress.com/what-is-section-114a/

Hantu dah kisah masyarakat Kalumpang

Benarkah hantu Kak limah wujud?
 KAU, DIA DAN HANTU
Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Selangor pada tahun 1973.Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.
Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Keliang Kalumpang .Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut.
Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini.
Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin.
Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.
Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.
Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya.Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.
Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu.
Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.
Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.
Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.
Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salleh bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.
Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.
Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,
Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :
1-800-88-88-88
Kerepek Ubi Pedas – RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin – RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi – RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah – RM 0.50 sebungkus
Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.

boring LOL !

Ahad, 5 Ogos 2012

Bukan Chong Wei Tapi Rakyat Malaysia yang tewas


Sekalung tahniah buat Datuk Lee Chong Wei atas Usaha merangkul perak... tewas ditangan Lin Dan dalam perlawanan akhir olimpik acara batminton perseorangan lelaki 21-15, 10-21 dan 19-21. 
Cuma tiada rezeki buat Datuk Chong Wei meskipon mempamirkan permainan yang baik...... namun begitu impian emas negara masih ada melalui Azizulhasni Awang..... Sama-sama kita berdoa agar kita berjaya membawa pulang satu kilauan emas dari Landon..... INSYAALLAH.......
 

P/S: kita memerlukan pelapis yang mantap untuk mengalas harapan Rakyat Malaysia  bagi sukan yang bertaraf dunia untuk masa hadapan.... jangan sebok nak mengomen kat fb je.... silalah traning anak - anak anda segera..... hehehe.....

Lagu Raya Pilihan


Khairil Johari Johar

Sepasang Kurung Biru

Tiada salam atau ucapan
Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang
oh...

Di hari yang berbahgia ini
Hatiku kosong dan sepi sekali
Betapa manis kenangi lalu
Menyambut raya bersama denganku
oh...

( korus )
Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku

Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti
Hanya sepasang kurung nan biru
Menjadi teman mengubat rindu ku
oh...

( ulang korus )


lagu lama - lama nie memang best... nak pulak hari raya dah makin dekat...... 

Jumaat, 3 Ogos 2012

Teksi oh teksi

Bantuan tayar dah diberi pon nak cekik darah lagi ka????
bulan-bulan puasa pon nak sembelih jugak ka??? komuter sg buloh ke damansara damai cas 10 ringgit.....
memang tak patut.....

bagi pengguna pengangkutan awam yang rasa teraniaya oleh pemandu teksi boleh sampaikan aduan disini
http://spad.bpa.jpm.my/eApps/sdmscasepool/SdmsCasePool/add.do
atau disini
http://www.spad.gov.my/ms/hubungi-kami/maklumbalas

Rabu, 1 Ogos 2012

Doa Bonda

Lokasi-Tasik Embayu, Proton city, Tg Malim, Perak
Dengarlan anakku nasihat untukmu
hentikan tangismu
usap air matamu
anakku..... anakku
ibu...
doa ku untukmu
aku terjebak dibelantara bumi
aku terinjak dikaki tirani
ucapmu.... ucapmu
dunia memang begitu
saat ini ataupon dulu
sabarlah anakku
semua itu palsu
tak usah jemu
doa ibu selalu untukmu......

Iklan Raya Dulu-Dulu

Aku suka iklan nie.....

DEFINASI INSENERATOR

Incinerator merupakan suatu alat untuk memproses bahan-bahan buangan melalui proses pembakaran. Secara amnya, konsep jenis bahan buangan boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu 
  1. bahan buangan umum (buangan pepejal dan najis) 
  2.  bahan buangan industri hasil aktiviti industri. 
Jenis-jenis incinerator ialah
  • ‘mass burning grate system’, 
  • ‘rotary kiln’, 
  • ‘fluid bed’ 
  • ‘multiple heart’.

Rotary Kiln

Contoh penggunaan sistem solid waste